Kadang
– kadang apa yang datang dalam hidup kita nie tak pernah kita bayangkan ia
akan berlaku. Kadang – kadang jugak bila ia sudah berlalu pergi baru kita sedar
betapa penting dan juga bermakna ia dalam hidup kita. Jadi yang tertinggal
mungkin hanya kenangan dan ingatan. Mungkin juga kenangan manis dan ya mungkin
juga kenangan pahit. Jikalau kenangan itu manis ya, mungkin sahaja buat kita
tersenyum mungkin juga ketawa sendirian teringatkan kenangan itu. Tapi jika
pahit ya tidak mungkin kita ketawa mengingatinya tetapi air mata dan tangisan
mungkin yang menyapa kita.
Bila
difikir – fikirkan apa yang terjadi berat juga untuk melepaskan apa yang telah
menjadi milik hati kita bukan..
Air
mata tidak mungkin dapat dipisahkan dari kesedihan…
Air
mata juga mengiringi kegembiraan dalam tangisan…….
1 comment:
itu semua pengalaman hidup
Post a Comment