Pages

2013-08-15

Dingin Embun Pagi...

kadang bila meniti permasalahan kehidupan sebenarnya ianya tidak pernah berpenghujung.... ianya sentiasa ada sentiasa tiba...untuk menguji untuk menduga kita....

bilamana liku - liku permasalahan kehidupan tiba kita akan terkapai -kapai mencari arah penyelesain untuk menuju pinggiran jawapan.... meniti arus dugaan dan cabaran seakan kian ampuh dalam diri...

penat..lelah...semput mengejar jawapan yang tidak kunjung tiba biarpun terus dicuba kaki melangkah..mencari arah...

senyum....
ketawa.....
sembunyikan tangisan yang terpendam...
perit jerih luka yang tercalar kian mendalam....
masih aku cuba mencari jawapan yang kelam....

aku tidak harapkan pelangi tiba selepas rintik hujan....
pelangi hadirnya cuma seketika....
aku harapkan dingin embun pagi terus menitis....
menyegarkan perasaan....
menyejukkan hati.....
kerana embun pagi tetap di situ tanpa harapkan titisan hujan....
tetap ada di situ sebagai satu harapan......

dingin titisan embun terus meliputi alam....
mencengkam kaki terus mengorak langkah.....
masih ada harapan.....
di hadapan.........


No comments: