Pages

2014-07-12

Fade Of Memories

Kadang - kadang dalam hidup ini adakalanya kita masih tidak belajar daripada kesilapan kita yang pernah kita lakukan. Kesilapan yang sama. Berulang - ulang kali. Masih tidak belajar lagi daripada kesilapan yang pernah kita lakukan begitu dulu. Tidak pernah cuba untuk memahami dan belajar.

Perasaan sayang dan cinta adalah sesuatu yang berbeza bagi aku. Kadang - kadang rasa diri macam terpinggir untuk menikmati semua itu. Terasa dipinggirkan tanpa sebarang sebab dan alasan. Tapi sebenarnya tanpa sedar ego menghantui tidak mengakui kekhilafan diri sendiri. Kesilapan dan keegoan dalam hati yang tidak pernah berkesudahan.

Peluang yang datang tidak dihargai. Sentiasa cuba untuk menghindari tidak pernah cuba memberi dan menerima. Betapa berat kekhilafan diri yang dilakukan.

Air mata tidak berkesudahan mengalir cuba untuk bertahan betapa dalam hati rawan tidak berkesudahan meratapi kehilangan.
when i'm having a really bad day i reread the text messages you sent me the night before because you're the only one that can make me have the biggest smile
Perasaan sendiri kadang - kadang susah untuk dimengerti. Orang yang betul - betul setia menemani siang dan malam sentiasa bersama  tidak pernah dihargai. Tidak pernah ada orang seperti dia mengenali dia satu kebahagiaan. Tidak pernah bertemu seseorang yang ingin berkawan mahu tahu alamat rumah, dengan satu teks mesej hanya kata - kata mampu membuatkan aku ketawa bahkan tertawa dengan bahagia.

Hidup ini pelik. Kita bertemu orang yang terbaik tapi masih menolak kononnya masih tidak terbaik. Walhal itu adalah yang terbaik. Dia yang hadir memberi semangat setia menemani susah senang tanpa ada sesalan.  Tidak pernah ada orang sepertinya yang aku kenali. Dia sebenarnya adalah yang terbaik.
I love how I'll be having a horrible day and you come over and ask what's wrong and I instantly feel so much better.

Jujur diakui " dia " ada di hati tapi takut untuk mengakui takut untuk menerima... Duhai hati..... belajarlah untuk menyayangi insan yang menyayangi  hatimu dan dirimu seikhlas hati.....

Air mata...hentikanlah tangisanmu.......Gundah tiada guna lagi... Aku tersungkur lagi kerana kekhilafan diri sendiri.....  :-(
Sometimes it's better to be clueless about what's happening around you, than to know every bit of information that would silently kill you inside.
Fade of memories...........
A.T.A.N  P.P
12.07.2014







No comments: